Tuesday 27 October 2009

BILA KERAJAAN (RAKYAT) BERSUARA ! PUTIHLAH MATA

Kerajaan BN Bazirkan Berbilion RM Wang Rakyat
Kerajaan persekutuan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN dan kerajaan-kerajaan negeri di bawah pemerintahan UMNO/BN kerugian berbilion ringgit setiap tahun disebabkan oleh kontrak-kontrak berlebihan harga - daripada projek penerowongan air hinggalah kepada perkhidmatan penyumberan luar teknologi maklumat (IT).
Menteri Kedua Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mengesahkan jumlah kerugian itu 'amat banyak', tetapi tidak dapat memberi perangkaan tepat. Tidak dapat beri perangkaan tepat kerana mungkin terlalu banyak korupsi dan penyelewengan berlaku. Jika beri angka tepat semakin luas pekongnya terdedah.

Sungguh menghairankan sebuah negara sedang membangun seperti Malaysia boleh membelanjakan antara 10 hingga 20 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi tujuan pemerolehan kerajaan.

Ia bermakna berdasarkan GDP Malaysia sebanyak RM700 bilion, antara RM70 hingga RM140 bilion telah dibelanjakan bagi projek-projek prasarana besar.
Walaupun lebihan bayaran itu hanya 20 peratus, jumlah kerugian yang dialami kerajaan Malaysia boleh mencecah antara RM14 bilion hingga RM28 bilion setahun.
Ia mungkin lebih tinggi jika jumlah bayaran berlebihan itu lebih tinggi, seperti yang sering berlaku akibat kecuaian kakitangan kerajaan dan rasuah ahli politik.
Menurut laporan Juruaudit Negara bagi 2007 dan 2008, penangguhan dalam menyiapkan projek-projek adalah antara punca kos berlebihan itu.
Laporan itu juga menonjolkan kelemahan-kelemahan dalam pemerolehan beberapa perkara - daripada pembelian kenderaan kepada perabot bagi pelbagai badan dan daya usaha kerajaan.
Laporan Juruaudit Negara menunjukkan bahawa Kerajaan UMNO/BN telah dengan nyata GAGAL mentadbir urus sumber kewangan rakyat Malaysia. Jika aliran seperti ini berterusan maka rakyat Malaysia akan terus menanggung kerugian akibat ketidakcekapan pentadbiran oleh pemimpin UMNO/BN.
Pandangan umum ialah jika projek-projek itu diberikan kontrak melalui satu sistem tender terbuka - berbanding sistem rundingan, seperti yang sering dilakukan dan disalah guna - penjimatan yang bakal dinikmati adalah lebih tinggi lagi.
Menurut anggaran oleh dua sumber, kos-kos demikian mungkin 50 peratus lebih rendah jika projek-projek itu ditawarkan melalui tender awam, yang biasanya dijalankan secara terbuka.
Demi mengelakkan pembaziran dan kerugian yang mungkin boleh mengakibatkan negara menjadi muflis, kerajaan rakyat menyarankan agar kerajaan UMNO/BN diganti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 nanti. Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang cintakan negaranya untuk menyebarkan bencana yang mungkin menimpa negara jika dibiarkan UMNO/BN terus berkuasa.

Tuesday 18 August 2009

CALUN UMNO/BN CIPTA SEJARAH BERKEMPEN DENGAN PEKONG DI DADA

Tun Mahathir menyifatkan calun BN siang-siang membuka pekong di dada.Dah macam tidak ada orang lagi UMNO ni.
SEBUAH akhbar tempatan melaporkan calon BN dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir N11, Rohaizat Othman telah dipecat dari Majlis Peguam. Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.
"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.. Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.
Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya. "Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.
"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.. Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.
Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu. http://www.malaysianbar.org.my